Sunday 23 December 2012


Salam... Hehe, pagi ni juz  nak share... sedikit jer... tentang tips membina keluarga bahagia... Semua, yg dah kwin, blum kwin, duda, janda n sape2lah.. same2 kite amalkan yer... ;) hem.. nape nak share yer??? sebab saye pernah dengar kata-kata yang berbunyi

" ilmu yangtidak diamalkan, ibarat pokok yang tidak berbuah...."

Juga ada hadis yang berbunyi


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah.... Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.


Hehe.. xnak panjang. rinskas je eh utk pagi ni... So, atas sebab ni juga, ape yg kite dngar or terbace, lbih baik kite kongsikan... betul x? kiki, pagi ni berupa perkongsian sikit lah.... Sharing is caring.. right??? hehe..

Ini tajuknya

Bual Bicara Keluarga Bahagia(by Ustaz M.Zahid B.Ibrahim-imam masjid alwi dan Ustazah Nurhafizah Bt Musa-penceramah/pensyarah)



3 Golongan y tak masuk syurga;
1-anak derhaka
2-wanita menyrupai lelaki dan sebaliknya
3-lelaki y dayus

-seelok-eloknya ajar lah anak solat  pd usia 7 tahun ,lebih baik lg pada zaman sekrg moleknya anak2 diajar pd usia 3 tahun,,kerna menurut kajian umur 3 thn ingatan telah kukuh

4 perkara mudah untk wanita kesyurga;
-jagalah solat
-poasa
-kemaluan
-taat suami

Jadilah kamu 4 golongan ini ,,jgn jadi golongan ke-5:
-org alim(org y sgt takut kpd Allah)
-org y suka belajar
-org y suka mendengar
-org y suka alim ulama/sukakn ilmu
y ke-5-orgy x suka pada ke empat2 golongan diatas,,,,,so menurt pencramah jgn jd sepert gologn ke-5..

Untuk ciri2 keluarga y terbaek!!!:
sesebuah keluarga itu pelu ada...
1)matlamat
kemanahkah arah tujuan dlm rumah tangga,,,jika ada kemarahan dlm perhubungn sabar lah n bertahan lah,,kerna  org y menahan kemarahanadanya  istana disyurga menanti 

2)pengisian dlm rumah tangga perlu ada
,,bukan sj dlm bentuk tazkirah(ingt memperingati) tapi dri segi ilmu,
,,,akhlak y dipamerkn sesama parent n anak2,,
,,perhatian n kasih syg sesama fmly,,,

3)selalu lah peluk anak2-terutamanya anak2 y diluar kawalan ibu bapa

4)solat berjemaah
cth2 len:
-latih anak2 n diri sendiri menghafal surah
-bawa sekali anak2 dlm majls2 ibu bapa,,,supaya die n kita dapt d ori one sikap anak2 kita

5)kekuatan mujahadah melawan hawa nafsu
-byakkn bertasbih
-boleh amalkan surah(Taha 130-132)

6)Kekuatan pendinding diri dan keluarga perlu ada
-boleh amalkn membaca mathurat( buku bacaan zikir pg n petang y diamalakn rasulllah)
-ingat!!!!-syaitan merasuk disenja hari-so jgnlah ibu bapa @anak2 itu sendiri dibiarkn berkeliaran diluar rumh waktu itu...

7)lastly,,,,setiap segalanya pelulah ada penilaian /kene lah muhasabah diri

Lelaki kalu ada 3 sifat dibawah agak kurang bagus,,,tapi jika pompuan ad sift dibwh,,,bagusss
1-penakut
2-sombong
3-kedekut

so,,,conclusion:-
3M.........-1)mula degn diri sendiri
..............2)mulakn hari ini
..............3)mulakan degn y lebih kecil/degn perkara y remih

just perkongsian,,,,maap jika ad cilp n salh kata,,,,tq!!! peace !...kiki=)

Mata sukar dipejam...???

Assalamualaikum..

huhu, mate xleh nak pejam pulak malam ni... so, dah siap buat keja ni nak buat ape yer?? dah lame xmengarang kan.... haritu ade mengarag, panjanglah jugak.. pastu tup2,,,  huhu... laptop rosak.. xlame lpastu, external lak rosak... hbis sume asgmen2, gmbar2, n sume yg dah karang... LESAP.... so.. dah lame lah xmengarang.. hilang mood... tapi...

Malam ni tibe2 tergerak hati nak bace novel2u... so, teringat oernah post i cerpen kat sane dulu... hehe, malam tu, macm malam ni juga.. xboleh tdo... so, tbe2 je siap 1 cerpan.. xsampai 3 jam.. main2, sembang2, tengok cter.... terhasillah cter ni.. ntah bile nak ade mood mcm tu kan... haha susahlah nak cakap.... tapi hargai betullah usahe yg sekali tu... ni ceritenye..



Cerpen : Cinta Atau Jodoh?
16 October 2011  
Kategori: Cerpen
12,239 bacaan 40 ulasan
Oleh : Ris


Tahun 2011

Suasana di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan agak lengang pada hari ini. Mungkin banyak kelas yang dibatalkan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

” Ah, baik aku gi Pusanika melantak dulu, kelas pun takde dah lepas ni” Balqis menyimpan semula kunci motosikalnya lantas menghantar sms kepada Maya yang belajar di Fakulti Pengajian Islam dalam bidang Syariah 

“Aku nak gi makan kat Pusan ni, nak join jomlah, sekarang taw..”. Lantas kakinya terus melangkah, terbayang-bayang apa yang ingin dimakannya nanti… Beberapa pelajar lelaki yang melepasinya dan melihat ke arahnya tidak dihiraukan.

“Assalamualaikum Qis, sory aku lambat… Dr Arif tu lepas kitorang lambatlah hari ni, hehe..” Kata Maya sambil tersenyum manja. Tidak dinafikan Maya memang seorang gadis yang manis, sopan, bertudung labuh dan baik hati. Mereka teman serumah dan amat rapat walaupun berlainan fakulti.

“It’s okey, never mind… Gi lah beli makan dulu, aku tunggu.” 

Balas balqis sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Maya lantas berlalu membeli makanan. Dia amat senang berkawan dengan Balqis kerana sikap Balqis yang ramah dan baik hati. Baginya, sesiapa yang mengenali Balqis pasti akan tertarik untuk mendampingi gadis yang berkulit cerah itu. Balqis memang cantik, penyayang, ramah dan baik hati. Maka tidak hairan baginya, apabila banyak mata yang memandang ke arah mereka sama ada pelajar lelaki mahupun perempuan biar ke mana sahaja mereka pergi.

” Eh Qis, tahun ni umur kite nak masuk 23 dah kan.. Sekejap je masa berlalu kan…Dah sem akhir dah.” 

Maya memulakan perbualan setelah seketika mereka berdiam diri menikmati makanan yang terhidang, Balqis dengan sambal ikan kelinya sementara Maya dengan ikan patin masak tempoyaknya.

“Ya lah, sekejap je kan masa berlalu…3 tahun dah kita kenal kan…”

 Selesai makan, Maya lantas menghulurkan sepucuk kad.

 “Eh, biar betul? Alhamdulillah… tahniah Maya! ” 

Terbeliak mata Balqis di samping tersenyum manis. Maya akan berkahwin pada cuti semester tidak lama lagi dengan salah seorang pelajar senior dari fakultinya juga yang bernama Naufal. Itulah jodoh namanya.

“Qis, kau bile lagi? Aku tengok ramai yang nak kat kau, takkan seorang pun tak tersangkut kot?” 

Maya mula mengusik Balqis, amat bertuah baginya kalau Balqis mahu mengatakan ya. 

” Huhu, insya-Allah, sampai jodoh kalau aku gitaulah..” Jawab balqis.

 ” Yerlah tu… silap-silap kau jadi kakak ipar aku…hahaha. Perangai kau sebijik macam abang aku, kalau tanya je mesti jawab, kalau sampai jodoh ada lah….Geram aku taw…”

 Balqis hanya tersenyum…

Tahun 2003

Balqis melalui kelas pelajar tingkatan 5 Sains 1 yang sedang tekun menghadap cikgu yang sedang mengajar di hadapan. Setiap kali melalui kelas itu, matanya pasti tertarik untuk memandang seniornya yang bernama Farhan itu. Farhan? Dia hanya boleh memandang dan terus berlalu. Farhan adalah Ketua MPP yang memang menjadi kegilaan ramai gadis di sekolah itu serta dihormati, baik oleh rakan sebaya ataupun junior. Balqis hanya menghormati Farhan dan tidak mengendahkan rakan-rakannya yang gemar bergosip dan memilih pasangan masing-masing, atau lebih tepat syok sendiri. Remaja kata kan….

“Balqis! Balqis! Tunggu kejap!”

 jerit seorang senior dari kelas tingkatan 5 Sains 1, Rashid. Balqis berhenti di laluan ilmu itu dengan muka pelik. Rashid menarik nafas dan melepaskan lelah seketikadan berkata

 “Abang cuma nak bagitau yang ada orang suka kat Balqis”

“Eh, abang Rashid ni, ada pulak. Tiba-tiba je. Jangan gurau lah, nak apa sebenarnya ni?” Balqis tergelak.

“Ya Allah, abang seriuslah.. ” Rashid cuba meyakinkan gadis manis itu.

“Okey, kalau betul, cuba bagitau siapa orangnya? Budak kelas Balqis ke?” 

Balqis sudah biasa dengan pelbagai ucapan, luahan, hadiah dan sebagainya, tetapi entah kenapa dia merasa lain macam dengan situasi sekarang.

“Balqis percaya tak kalau abang kata yang Abang Farhan suka kat Balqis?” Balqis tergelak

“Ish, merepeklah Abang Rashid ni. Abang Farhan tu kan ramai peminat?”

“Memanglah dia ramai peminat, tapi first time abang tegok dia serius and dia sendiri yang cakap kat abang.”

 Jelas Rashid bersungguh-sungguh, ditambah kelentong sedikit. Dia tahu bahawa Farhan ikhlas dan bersungguh menyukai Balqis, tetapi setiap kali dia menyentuh isu ini Farhan akan menjawab  

"Banyak lagi benda aku nak kejar. Banyak lagi tanggungjawab aku nak pikul. Ada jodoh tak ke mana” 

kata Farhan sambil tersenyum penuh makna. Bagi Farhan, pertama kali dia memandang Balqis setahun yang lalu die sudah mula merasa sesuatu, tetapi dipendamkan sahaja perasaannya kerana perjalanan yang masih jauh. Dia juga tahu Balqis baru dalam tingkatan 2, masing-masing masih terlalu mentah dalam kehidupan.

“Dah lah Abang Rashid, Balqis balik dulu lah. Lepas SPM nanti kalau Abang Rashid dah sambung belajar and then nak kahwin, jangan lupa jemput Balqis ya.” Kataku sambil tersenyum memerlinya.
“Hahahaha, yelah… abang cakap tak nak percaya. Abang pulak yang terkena.

 Okeylah, nanti nak kawin abang jemput yer… Tapi make sure don’t foget to give me your email or phone number before holiday key.. Ni email abang.” Lantas aku mengambil kertas yang dihulurkannya. Kalu rajin aku add lah, kalu tak, aku simpan je lah… hehe….

Tahun 2008

Balqis yang bakal menduduki peperiksaan STPM termenung setelah puas mengulangkaji pelajaran bagi subjek Pengajian Am. “Hmm, apalah agaknya yang Abang Farhan tengah buat kat USM sekarang ni kan? Mesti dia nak habis study dah kan… Eh, buat pe lah aku tiba-tiba ingat kat dia ni? Musykil… musykil…” Balqis tersenyum sendiri.

Dia teringat bahawa sebelum Farhan menyambung pengajiannya, Farhan pernah bekerja sebentar sebagai kerani sekolah dan pernah berbual dengannya. Tetapi setiap soalan yang Farhan ajukan hanya dijawab sepatah olehnya. Mungkin kerana kurang selesa dan banyak mata yang memandang, sama ada cemburu atau pelik. Dan dia sendiri lagilah terasa peliknya.

Tahun 2011

“sodaqollahul’azim….” Selesai membaca al-Quran Balqis baring di atis katil. Entah kenapa kenangan-kenangan lepas terus terakam dalam memorinya. Biarpun tidak seberapa dan mungkin tidak bermakna, dia sendiri hairan. Mengapa? Aku ingat kat Abang Farhan ke? Hmm… Lantak lah, baik aku mengadap laptop lagi bagus. Lantas akaun facebook dibuka dan dilihat komen-komen, mesej, friend request dan sebagainya.

 “Rashid??? Macam familiar je, siap ada mutual friend lagi…” Balqis lantas menekan accept dan membuka profilenya
.
“Owh.. senior aku ni rupanya. Baru je teringat kat dia tadi.” Setelah mencuci otak dan mata di fb, Balqis lantas menyambung karangan tesisnya sebelum matanya makin mengecil.

“Minggu ini nak wat apa ya?” Balqis mula merangka agenda-agenda yang ingin dilakukan sambil termenung mengadap laptopnya..

“Qis, jom teman aku nak?” Maya muncul di sebalik pintu biliknya.

 “Terkejut aku dengan minah sorang ni, sempat tersengih lagi tu”. 

Maya menyambung “Ada kenduri kahwin abang sepupu aku lah kat PJ… Kita tido sana 2 malam, boleh lah….” Maya memujuk aku menemaninya. Kalau minah ni dah ajak aku memang payah aku nak tolak. Maklumlah, kawan rapat katakan….

"Hm… okeylah, tapi 2 hari je taw, spss tuk tesis aku banyak tak settle lagi.”
 
Maya tersenyum, kemudian ketawa dan mencium pipiku. Ish, budak nih…. “Yes, bos!!” Katanya sambil berjalan keluar dari bilikku dengan senyuman yang memanjang. Setelah puas mengadap assignment dan tesis, Balqis membuka fb dan youtube bagi menghilangkan tenson sekejap. Tiba-tiba ‘Rashid itu’ menegurnya melalui chat
Syed: salam..
Qis: Wslm…
Syed: Kenal abang lagi x?
Qis: Kenal, muda lg nak jd pelupa, he2
Syed: Balqis watpe skang?
Balqis: Qis stdy kat UKM skang. Abg Rshd lak?
Syed: Owh, baguslah….. Abang keja dah, kat UM. Sebenarnya, abang nak kawin hjung mggu ni, jemputlah datang taw. Abang dah tag peta kat Balqis
Qis: Owh, yeker..tahniah!!! Insya-Allah, xda aral Qis pergi yer…
Syed: Ni no abang 0135314274, kalu pe2 hal, xtaw jalan ke kol lah…
Qis: ok, trima kasih… ;)
Syed: key, abg nak out dah ni. Salam..=)
Qis: wsalm wbt.. =)

Perbualan yang ringkas itu rupa-rupanya menyedarkan aku bahawa dunia ini amat kecil. Baru aku sedari bahawa Rashid adalah abang sepupu kepada Maya, teman baikku sendiri.

 “Qis, nanti kan, family aku pun datang kenduri tu. Boleh lah kau kenal-kenal ngan family aku.. tak sabarnya aku.. ” Excited giler aku tegok Maya ni. Ni belum dia kahwin lagi…Memang patut pun die kawin awal, hehehe… Otakku yang kosong ini sempat ‘mengutuk sayang’ kat bestfriend aku ni..

Suasana hiruk-pikuk dan meriah membuatkan aku tidak jemu memandang pelbagai ragam manusia di sekeliling kami. “Qis, nanti boleh lah kau kenal dengan family aku, especially abang aku yang sama spesis ngan kau tu..hehehe, die hensem taw..”

Ish, minah ni, tak habis-habis nak cari jodoh tuk aku. Mentang-mentang die nak kahwin dah… Dengki betul kat aku, huhu.. Tiba-tiba Rashid muncul di hadapan kami

 “Ha, jemput kawan tu makan Maya. Malam ni tido umah abang kan? Nak tolong cuci periuk kan… hahaha ” Rashid menegur Maya tanpa menyedari aku ini siapa.

” Ha-a, but basuh periuk tu sory eh… tu keja pengantin..hehe. Eh, lupa lak, kenalkan ni my bestfriend, Balqis. Die kata die kenal abang. Satu sekolah dulu. Maklumlah, Maya kan sekolah lain dulu. Maya sempat mengenakan sepupunya itu.

“Ya Allah, keciknye dunia. Memang abang kenal sangat dengan Balqis ni.” Teruja Rashid menjawab lalu kami sama-sama tergelak. Kami berbual seketika, tetapi aku perasan Rashid seperti tercari-cari seseorang. Mungkin isterinya. Siapa tak sayang bini kan…hehe. Rashid kemudiannya memanggil Maya untuk berbincang sedikit hal katanya. Aku terus menikmati hidangan dengan perlahan-lahan.
Maya datang tidak lama kemudian bersama keluarganya.

 “Balqis, kenalkan family aku… Ni mak aku, ni ayah aku, ni adik aku, Suzy and ni abang aku Farhan. Eh, mana abang aku ni? Tadi ada kat sebelah.” Aku bersalaman dan berbual dengan emak dan adiknya, tetapi aku terasa aneh apabila mendengar nama Farhan.

Sedang aku berfikir dan lebih tepat tak mampu menduga, muncul abang Maya dengan tersenyum ke arah kami. Dia melihatku dan hanya tersyum dan mengangguk kecil. Aku terkesima sebentar… 

“Subhanallah… Dialah Farhan yang pernah aku sukai suatu ketika dahulu. Nak kata cinta pertama kitorang tak pernah bercinta pun.. Tapi kalau Rashid dah kahwin, takkan dia solo lagi kan… mesti dah berpunya.. Ah, lantaklah…. Tak yah fikir,habis cerita, huhu”

Malam itu, setelah membantu mengemas serba sedikit, aku dan Maya berehat di atas bangku di hadapan banglo milik keluarga Rashid. Tiba-tiba Farhan muncul

 “Maya, mak panggil jap kat dapur.” Maya lantas meninggalkan aku sebentar dan menegah aku dari mengikunya. Sekejap sahaja katanya. “Alamak, mampuslah aku.” Seperti yang aku duga, Farhan tetap di situ, malah duduk di salah satu bangku di meja bulat itu.

“Ehm.. ehmmm… Balqis ingat abang lagi tak? ” Dia bertanya..

“Ingat.. ” sepatah kujawab…

“Lama dah ke kenal Maya?”

“Lama lah jugak, dekat 3 tahun. Tak sangka, kecik kan dunia ni..” Aku tersenyum.

“Hehe, setiap yang terjadi insya-Allah ada hikmahnya…. Abang rasa abang dah nampak hikmahnya sekarang..” kata Farhan sambil tersenyum.

Aku tersenyum dan sedikit musykil dengan kata-katanya. “Abang Rashid dah lepas, abang bila pulak? Aku cuba mencari bahan agar tidak begitu kekok.

Tetapi jawapannya membuatkan aku terkesima sebentar “Abang tunggu ‘seseorang’ tu… Dah 6 tahun, tapi tak dapat jawapan lagi. Nanti kalau dah ada persetujuan abang jemputlah, jangan risau.” Katanya sambil tersenyum nipis. Masih kacak seperti dahulu, Cuma dia kelihatan lebih matang kini dengan kaca mata dan penampilannya. Yalah, arkitek katakan… Itu pun aku dengar daripada Maya lah siang tadi. Ops, terlupa pulak aku yang dia tengah sembang dengan aku.

Aku hanya terdiam, terasa keras senyumanku apabila mendengar dia menunggu seseorang…. Ish, kenapa pulak aku rasa lain macam ni? Sakit hati? Cemburu? Sedih? Terkilan? Gembira? Entahlah…. Aku sendiri tidak faham dengan perasaanku yang tiba-tiba lain macam pada malam ini. Akhirnya aku meminta izin masuk ke bilik apabila Maya tidak muncul-muncul dan aku pun dah habis idea nak ‘ngobrol’ dengan si dia ni.

Setelah cukup 2 hari, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke UKM. Emak dan ayah Maya menyuruh Farhan menghantar kami ke pulang ke kolej. Maya amat gembira. Aku pula terasa debaran di dada. Aku sering merasakan bahawa Farhan memandangku sepanjang 2 hari berada di sini. 
“Ah, perasaan aku je kot.. perempuan kan kuat perasan” Aku menyedapkan hati.

Setelah selesai makan tengah hari, kami semua berehat di ruang tamu. Farhan tiba-tiba memberi isyarat kepada Maya menyuruh membawa aku keluar ke halaman rumah. Maya duduk agak jauh dari kami berdua. Dia di kolam ikan sementara kami duduk di meja rehat di taman kecil itu. Aku mula terasa berdebar dan tertanya-tanya.

“Sorylah, suruh Balqis keluar tiba-tiba. Abang ada benda nak cakap sebenarnya.”

“Hm… cakaplah.” Aku menunggu dengan penuh tanda-tanya dan debaran. Mengapa berdebar yek???

“Sebenarnya… abang dah lama sukakan Balqis…” aku terkejut mendengar pengakuannya. Sungguh!! Tak tahu nak cakap camne.

“Abang tahu mesti Balqis terkejut… Sebenanya sejak kita sekolah lagi abang sukakan Balqis. Tapi, kitakan masih belajar dan tidak seharusnya bercinta. Dalam Islam pun, takde istilah couple yang dihalalkan kan… Jadi, bagi abang, kalau ada jodoh tak ke mana. Tapi jujur abang katakan, abang memang tak pernah lupakan Balqis. Abang pun pelik kenapa pintu hati abang tak terbuka untuk sesiapa pun dan kenapa mesti nama balqis yang abang ingat. Tapi, abang rasa abang dah tahu jawapannya. Mungkin inilah hikmah di sebalik semua tu.” Dia tersenyum nipis menggambarkan ketenangannya.

“Hm.. Balqis tak tau nak kata apa.. memang Qis mengaku yang Qis hormatkan abang Farhan sejak sekolah lagi.. Cuma, Qis tak sangka yang abang sukakan Qis..” Balqis tidak tahu hendak berkata apa lagi.

“Takpe, Balqis takyah risau.. Abang tak paksa pun Balqis terima abang. Jodoh kitakan Allah yang tetapkan. Balqis fikirlah sebaik-baiknya dan bagitahu Maya jawapan Balqis. Dia tahu pasal ni. Abang dah cerita kat dia semalam. Apa pun keputusan Qis abang redha.” Dia masih tenang.

“Insya-Allah, nanti Balqis buat istikharah dan beri jawapannya. Terima kasih sebab sukakan Balqis.” Aku tersenyum bagi meredakan gelodak di jiwa. Adakah aku gembira? Aku terasa seperti ya, tetapi senyumanku entah bagaimana rupanya.

Barang-barang sudah dimasukkan ke dalam kereta. Aku bersalaman dengan keluarga dan saudara-mara Maya dan Rashid. Aku gembira mengenali mereka yang baik dan ramah ini. Aku tahu mereka amat mengalu-alukan kedatangan aku lagi di rumah itu. Emak dan ayah Maya menyuruh Farhan menghantar kami kembali ke kolej. Farhan dan Maya rancak berbual dan aku hanya menyampuk sekali-skala sahaja. Farhan sempat menghulurkan duit belanja kepada kami berdua dan berpesan agar menjaga diri.

###########
 
Paluan kompang yang bertalu-talu amat memeriahkan suasana. Aku memakai persalinan jubah moden berwarna biru muda, begitu juga dengan Farhan… Ya, hari ini adalah hari pernikahan kami. Maya dan pasangannya pula sedondon berpakaian ungu muda. Hari ini juga adalah hari pernikahan Maya dan Naufal. Kami berkahwin serentak atas persetujuan bersama. Cuma majlis di sebelah pihak aku dan Naufal sahaja yang berlainan tarikhnya.

Farhan merenung Balqis dengan perasaan sayang yang kian bercambah. Dia teringat kembali peristiwa 6 bulan lepas. Setelah sebulan menanti jawapan daripada Balqis, Maya akhirnya menelefonnya.

“Along… angah harap apa yang angah bagitahu ni along terima seadanya yer…. Hm…em…”
Farhan berdebar tetapi cuba bertenang “Cakap jelah… Along dah ready dah…kalau dia tak terima pun mesti ada hikmah di sebalik penolakannya kan…”

Maya tersenyum dan menahan ketawa “Abang…. Balqis bt Majid cakap….. dia….terima….. lamaran abang…”

Farhan terkesima sebentar lalu… ” Alhamdulillah…. Allahuakar.. Terima kasih Maya. Sampaikan salam abang kat Balqis. Bagitahu dia 2 minggu dari sekarang abang hantar rombongan merisik ya. Mintak dia beritahu family dia..” Farhan tersenyum gembira dan tidak sabar untuk memberitahu keluarganya.

“Abang!Abang! Abang dok berkhayal apa ni…. Tengok sayang tak renti-renti dari tadi?” Balqis mengawang-awangkan tangannya di hadapan suami yang dicintainya itu sambil tersenyum.

“Abang tengok sebab………….. sayang kan dah sah jadi milik abang. Sukati abanglah nak tengok lama mana pun.. hahaha” Jawab Farhan sambil menarik hidung isterinya.

“Ish abang ni, orang tengoklah….” Bakqis tersenyum sambil mengucap kesyukuran yang tidak terhingga atas jodoh dan persahabatan yang amat berharga ini… Dia terasa amat bahagia…. Alhamdulillah ya Allah… =)


~TAMAT SUDAH~
   Hehe, 2 die ulangkaji cter ni blik... huhu, ntah cmne buruk tulisan ni kan... tapi cakap sorang mcmni pun ok jgak.. hilangkan stress... huhu, oklah.. nak tdo dah.. gud nite ... salam... ;)


p/s: jgn lupe bace alfatihah, annas, alfalaq, alikhlas, ayat qursi, doa tido, selawat n mengucap... ;)